adakah mencukupi
kita menyambutnya dengan azan dan iqomah
lalu di ditahnik dengan kurma dan air zam-zam
di beri nama manusia cemerlang,gemilang,terbilang

adakah memadai
kita menghadiahkannya pelbagai hadiah
sempena hari lahirnya
lalu kita terpaksa mengikat perut kerana hadiahnya
adakah patut
kita menyediakan dan memenuhi segala
keperluan dan kehendaknya
atas nama mencapai ilmu di menara gading

adakah kita dayus
kerana membiarkan dirinya
terselimut kedinginan di subuh hari
kerana keletihan menelaah pelajaran
untuk peperiksaan
memang kita dayus
kerana tega membiarkan
tubuh mugilnya
diselimuti kulit khinzir oleh azazil
adakah kita sudah merasakan
yang kita sudah layak
Menerima gelaran BAPA
........