Friday, May 15, 2009

Sahabatku di Dun Penanti






Alam mula mengcengkam

menghakis keyakinan pada Ilahi

sandiwara di pentas aqidah

sesat di samudera tasawwuf

nilai insan di telapak kaki

tersenyum dalam dosa

menangis dalam syubhah

halal haram tiada pembatas


rukhsyah melebihi azimah

istidroj disangka nikmah

al-Haq bukan ukuran

anfusana,anfusini wadah perjuangan

untuk menggapai darjah kebesaran






keikhlasan dalam kefasikan

al-dusta ,al-fitnah berkumandang ditajwidkan

di pentas hadhari yang agung

khusyu', tawaddhu' mendengar alunan

sehingga tak sedar

tanah tinggal sekangkang

kemuliaan Islam mula dicabar

bahasa ibunda dikerandakan

bangsa sendiri terpenjara tanpa bicara






Sahabat , letihnya diri ini

merayu undi pada yang tak sudi

Friday, May 8, 2009

perlukah minta keizinan untuk melakukan perintah Allah


Srikuala nak share dengan u all, tentang fenomena yang berlaku sekarang kerana ramai di antara kita yang sudah pun mengalaminya. Apabila masuk wakatu solat, azan pun berkumandang adakah hati kita gelisah , untuk menyahut perintah Allah, cuma bagi yang masanya tidak sibuk mungkin sempat berjemaah, tapi cuba kita bayangkan kalau kita dalam situasi ini:

1) apabila dalam mesyuarat penting , dipengerusikan oleh ketua jabatan atau boss atau menteri atau ......., bermula pukul 3.00 p.m , pukul 6.00 tak habis lagi , waktu asar semakin meruncing, sedangkan anda bukanlan musafir, apa yang perlu anda buat

2) apabila anda menumpang kereta boss atau orang yang pangkatnya agak tinggi dari anda kerana bertugas , waktu maghrib anda masih dalam perjalanan sedangkan anda bukannya musafir, apa yang perlu anda buat

keadaan ini adalah gambaran kepada kita bahawa individu yang mengaku islam , melaungkan slogan addin nul islam, masih tidak mampu untuk menyatakan pendirian aqidah mereka,
Apa pandangan anda!

salam perkenalan









bagi yang mengenali diri ini terutama kepada geng paksi yang pernah terhirup bayu laut di kuala pahang...............











dan khas untuk mu , barajiwa