Friday, May 8, 2009

perlukah minta keizinan untuk melakukan perintah Allah


Srikuala nak share dengan u all, tentang fenomena yang berlaku sekarang kerana ramai di antara kita yang sudah pun mengalaminya. Apabila masuk wakatu solat, azan pun berkumandang adakah hati kita gelisah , untuk menyahut perintah Allah, cuma bagi yang masanya tidak sibuk mungkin sempat berjemaah, tapi cuba kita bayangkan kalau kita dalam situasi ini:

1) apabila dalam mesyuarat penting , dipengerusikan oleh ketua jabatan atau boss atau menteri atau ......., bermula pukul 3.00 p.m , pukul 6.00 tak habis lagi , waktu asar semakin meruncing, sedangkan anda bukanlan musafir, apa yang perlu anda buat

2) apabila anda menumpang kereta boss atau orang yang pangkatnya agak tinggi dari anda kerana bertugas , waktu maghrib anda masih dalam perjalanan sedangkan anda bukannya musafir, apa yang perlu anda buat

keadaan ini adalah gambaran kepada kita bahawa individu yang mengaku islam , melaungkan slogan addin nul islam, masih tidak mampu untuk menyatakan pendirian aqidah mereka,
Apa pandangan anda!

No comments:

Post a Comment